Format kertas periksa SCE 3104 adalah seperti berikut:


Bahagian A: 20 soalan objektif   (20 markah)
Bahagian B:  4 soalan struktur, jawab semua (4 soalan X 10 markah setiap soalan = 40 markah)
Bahagian C: 3 soalan esei, jawab 2 sahaja (2 soalan X 20 markah setiap soalan = 40 markah)


Tempoh masa 2 jam 30 minit.


Contoh gaya soalan struktur:


Nyatakan hasil pembelajaran yang eksplisit  untuk topik 'Keperluan Asas Benda Hidup' (salinan huraian sukatan yang berkaitan dibekalkan dalam kertas soalan)
Cadangkan dua cara untuk mengajar topik ini.


Nyatakan definisi 'kurang upaya dari segi pembelajaran'
Senaraikan tiga batasan yang dialami oleh murid yang kurang upaya dari segi pembelajaran.
Bagaimanakah anda akan mengajar murid kurang upaya dari segi pembelajaran


Contoh gaya soalan esei:


Apakah faedah pengajaran dan pembelajaran  melalui pendekatan kecerdasan pelbagai?
Huraikan bagaimana anda menggunakan pendekatan ini untuk mengajar satu topik sains yang anda pilih sendiri.


Sila sebarkan untuk makluman semua.   


DITEGASKAN CONTOH GAYA SOALAN YANG DISERTAKAN ADALAH CONTOH SEMATA-MATA. INI BUKAN SOALAN SPOT.


DINASIHATKAN SEMUA GURU MEMBUAT ULANGKAJI AWAL UNTUK MEMBACA SEMUA TOPIK DALAM MODUL SCE 3104. BOLEH JUGA BUAT STUDY GROUP UNTUK SALING MEMBANTU.
YANG PENTING JANGAN STUDY LAST MINUTE.


SEMOGA BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN NANTI.